SUARA AKAR BANGSA

AYUH UMMAH MENENTANG ZIONIS LAKNATULLAH


Kekejaman zionis tidak perlu diperkata lagi seperti yang kita suma sedia maklum.

Hari ini kita dikejutkan dengan serangan regim zionis israel LAKNATULLAH terhadap kapal sukarelawan bersuci hatinya untuk membantu saudara kita sehingga meragut nyawa mereka.Seluruh umat Islam dunia mengutuk serangan tersebut termasuk kita yang berada dibumi bertuah MALAYSIA.Apa yang mampu kita buat disini hanya sedekahkan doa untuk mereka yang berjuang dijalan ALLAH.Semoga ALLAH menurunkan bala besar kepada seluruh zionis israel LAKNATULLAH.

YA ALLAH KAU YANG MAHA AGUNG.
Kepada mereka yang terkorban pada tragedi hari ini dan sebelum-sebelumnya semoga ditempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh serta ditempatkan disyurga.AMIN.

ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...

-SUARA AKAR BANGSA-

ANWAR BUAT HAL PULAK DENGAN PAS


PAKATAN RAKYAT ternyata bukan parti yang sepakat untuk perjuangkan nasib rakyat.Tapi pakatan anwar dengan pemimpin-pemimpin penggadai bangsa dan tanahair yang mementingkan diri sendiri untuk mencapai angan-angan kosong.Untuk menghangatkan lagi kongres PKR kali ini Anwar telah berjanji untuk memberi DAP menjadi Timbalan Perdana Menteri II jika PR menang kali ini.Makin nampaklah lagi gambaran sifat anwar yang sebenar.Untuk PAS pula apa janji yang nak diberi jika menang PRU 13 nanti??makin dipermainkan la PAS kali ni oleh Anwar.SPIN jangan tak SPIN.

BACA APA REAKSI HADI AWANG TENTANG INI.

DENGKIL, 30 Mei – Memang bukan di dalam rancangan, bukan di dalam kesepakatan pakatan pembangkang, cuma tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tarik perhatian di dalam kongres PKR kali ini.
Apabila ditanya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau berkata dia tidak mengetahui tentang janji Anwar bagi mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk pemimpin Dap sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Malah beliau berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam pakatan itu.
“Saya tak tahu, kita belum bincang. Itu pandangan peribadi dia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pas yang bernilai RM30 juta di Paya Indah, di sini hari ini.

-Sumber UMNO ONLINE-

-SUARA AKAR BANGSA-

APA KES DOWNTOWN CHERAS?


CATATAN ANUAR MOHD NOR

Baru – baru ini saya bertekak dengan penguasa korporat ‘down-town’ Cheras yang tidak langsung mempunyai kefahaman mengenai asas konsep kerajaan membenarkan tapak-tapak ini di buka untuk perniagaan. Mungkin kerana penguasa korporat seperti ini, segala usaha murni kerajaan sebenarnya gagal di lihat sebagai satu usaha murni bagi membantu rakyat kota untuk terus dapat berniaga dan hidup, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan dengan peningkatan apa yang dikatakan kemiskinan di kota yang semakin buruk. Juga mungkin kerana perbuatan mereka, pengendali “down town” yang buruk dan bersifat tuan, UMNO akan terus mundur sebagai parti yang memperjuangkan orang Melayu khususnya di kalangan mereka yang miskin. Penguasa korporat ini yang tidak langsung berhati perut – bertindak ganas dan garang – tidak berbudi dan tidak tahu mendengar rintihan-rintihan peniaga menyebabkan kerajaan semakin tersisih dari mata rakyat. Selaku Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjadi amat prihatin atas isu-isu kemiskinan dan adalah menjadi pantang bagi saya bila sebarang usaha untuk memohon pertimbangan di ketepikan dengan cara yang tidak beretika – berlagak sebagai tokoh kapitalis dan melihat peniaga-peniaga yang ada sebagai orang yang kecil bawahan atau sampah.

Penguasa korporat ini sebenarnya bukan terma yang sesuai. Namun apa yang difahamkan tapak perniagaan bercirikan down town di Cheras ini diberikan kepada Persatuan Pengasih dan di uruskan oleh Roshan Holding yang bertindak ganas, tidak berperi kemanusiaan dan mungkin hanya bertindak untuk memaksimumkan keuntungan dengan bertindak menolak nilai-nilai kemanusiaan. Kegagalan membayar sewa walau sehari akan menyaksikan “bangla” upahan menarik kanopi dan menghalang perniagaan mereka untuk di teruskan. Cacian turut diberi kepada peniaga tersebut dengan amaran-amaran keji yang merendahkan kehadiran mereka di sana. Lebih dahsyat lagi setelah di bayar pada hari itu – kanopi tidak boleh di buka pada hari yang sama bagi mengajar mereka supaya tidak lewat membayar – lebih dari perangai along yang menindas penghutangnya. Alasan mereka untuk tidak mahu mendengar masalah peribadi dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang tidak ada duit untuk membayar sewa amat mengecewakan. Ini adalah satu kecelakaan sekiranya masalah rakyat – masalah peniaga – masalah kewangan tidak mahu di dengari – hanya wang sahaja yang boleh membantu. “Banyak orang lain yang nak berniaga sini, aku tak nak dengar masalah kau orang” adalah apa yang kerap di dengar dan peniaga terpaksa akur kalau tidak mereka akan di halau dan gerai akan di ugut untuk diserahkan kepada orang lain.



Adakah ini di sedari oleh Pengasih yang membenarkan syarikat lain untuk mengendalikan tapak-tapak tersebut tanpa belas ihsan atau syarikat yang diberi itu ada kepentingan dengan Pengasih itu sendiri? Adakah Pengasih tidak faham masalah yang mungkin di hadapi oleh peniaga tersebut seperti mana Pengasih berdepan dengan isu mereka yang terjebak dengan dadah. Institut Kajian Asas Kemasyarakatan juga faham masalah pengurusan tetapi kita perlu sedar bahawa tapak itu sendiri adalah ihsan kerajaan untuk persatuan seperti Pengasih maka persatuan seperti Pengasih mahu tidak mahu perlu juga mendengar rintihan peniaga kecil dan masalah mereka dan perlu mempertimbangkan sekiranya kelewatan itu berlaku – seketika. Menolak mendengar penjelasan adalah tindakan bongkak dan kerajaan perlu mengubah ihsan yang diberi kepada persatuan yang bongkak dan sombong atas masalah rakyat.

Saya sendiri telah menghubungi pengurusan itu pada 7hb Mei 2009 jam lebih kurang 9.00 malam memohon agar satu keluarga ibu tunggal yang lewat membayar 1 hari, dan tidak di benarkan membuka perniagaan pada hari yang mereka bayar atas alasan mahu mengajar mereka supaya tidak lewat berniaga. Mungkin pengorbanan pendapatan satu hari tidak nampak banyak kepada kita tetapi bayangkan kepada mereka yang hanya hidup dengan pendapat sekitar keuntungan RM 30 dan ditambah untuk menyara 4-5 orang anak mereka. Lebih teruk kalau barang jajaan mereka di peroleh dari ceti yang memakan bunga harian. Apa tidak terfikir isu ini oleh pengurusan DOWN TOWN Cheras dan adakah mereka tidak prihatin atas isu ini. Bukan mereka tidak bayar tetapi terlewat dalam 1 hari 2 sahaja. Adakah mereka lebih firaun dari firaun. Adakah UMNO Cheras tahu mengenai perkara ini – atau UMNO dan BN hanya memikirkan bagaimana syarikat yang mengendalikan DOWN TOWN itu boleh untung untuk mendapatkan saluran pembiayaan program mereka. Jangan sampai banyak spekulasi di bangkitkan. Apa salahnya sekiranya mereka datang – melihat dan menasihati syarikat itu. Adakah tidak mampu mereka bangkit mendengar rintihan peniaga kecil khususnya Melayu – bertindak membantu. Keprihatinan mereka itulah yang akan menyempurnakan reformasi dalam kerajaan BN dan itulah yang akan membantu dari Wilayah Persekutuan untuk mengembalikan sokongan Melayu terhadap UMNO dan kerajaan BN yang memerintah.

Sebenarnya mereka yang mengurus DOWN TOWN itu tidak boleh hadir dengan kasar seperti program itu milik mereka dan mereka yang berkuasa tanpa mahu mendengar masalah utama peniaga. Mereka memperoleh tempat itu adalah kerana ihsan kerajaan juga. Kalau mereka tetap bertindak seperti demikian tidak mustahillah keputusan pilihan raya ke 12 lalu tidak memihak kepada BN di Wilayah Persekutuan. Tidak juga menjadi sesuatu yang pelik sekiranya pilihan raya ke 13 nanti seluruh kerusi dalam Wilayah Persekutuan turut terlepas dari tangan BN.

Oleh itu Menteri Wilayah Persekutuan yang baru dan Datuk Bandar perlu sedar kedudukan Wilayah Persekutuan dan tidak seharusnya mengambil leka mengenai isu kemasyarakatan

-Sumber UMNO REFORM-

PENTING!!! UMNO PERLU BERUBAH


Bom Jangka dalam UMNO. Bila artikel ini di keluarkan dalam www.umno-reform2.com – ia bukan satu artikel tanpa asas. Banyak respons yang di terima oleh www.umno-reform2.com membicarakan mengenai perubahan dalam UMNO. Saya sendiri percaya bahawa perubahan ini perlu dan perubahan ini melibatkan ahli UMNO – menggesa kepimpinan UMNO untuk ubah cara dan perangai dalam mengendalikan UMNO. Banyak cadangan usul tentang perubahan namun usul tinggal usul dan perubahan masih tidak nampak terlaksana. UMNO masih begitu, pendekatan kerakyatan masih tidak dilaksanakan hatta, ahli sendiri seperti rakyat marhaen yang tidak mempunyai ruangan untuk menegaskan perubahan. Apabila konsep 1 Malaysia dilancarkan, ahli UMNO sendiri terkebil-kebil mencari makna sehingga 1 Malaysia menjadi senjata tuntutan kaum lain. Penerangan berbentuk melepaskan batuk di tangga di gunakan – mengharap apa sahaja konsep yang di sumbatkan ke mulut ahli akan di terima oleh ahli. Ahli UMNO hari ini ada yang sudah mula tahu membuat perhitungan sesuai dan tidak sesuai. Kalau sebelum ini hanya menerima apa sahaja yang disuapkan – hari ini ahli UMNO sudah tahu menilai dan sudah tahu juga menggigit sekiranya apa yang mahu diterapkan tidak sesuai dengan kehendak mereka. Masih awal lagi – tetapi bom jangka dalam UMNO terus berdetik dan UMNO tidak mampu lagi bergerak dalam keadaan seperti tahun 2004 – sehingga UMNO nyaris tumbang.
Kepimpinan UMNO sendiri seharusnya sudah mula melihat luar dari kepompong yang ada – sudah patut menilai dan sudah sepatutnya berani menyentuh mereka yang mempunyai potensi untuk menggerakkan perubahan dalam UMNO. Pemuda sendiri sudah sepatutnya tahu bila mahu bangun dari tidur dan bertindak agresif dengan anak-anak muda generasi ini. Kita tidak mahu lagi pendekatan tidak bermaya untuk bertembung dengan anak-anak muda hari ini. Program kita harus agresif dan bukan setakat program makan-makan dan pemeriksaan percuma kesihatan sungguh pun ia bukan untuk dipadamkan secara keseluruhan. Pemuda UMNO harus berani bangkit secara kelompok kecil – bertindak menjadi jurucakap – penyambung lidah bicara untuk UMNO. Program kecil harus melibatkan semua – ahli biasa yang selama ini tercicir dan Cuma di sentuh bila pemilihan. Kenapa dikatakan bom jangka berdetik dalam UMNO? Setakat ini masih banyak lagi kegiatan tidak bermoral - mencantas mereka yang berwibawa kerana takut tempat kita disambar orang. Kita sepatutnya mengubah mereka yang mempunyai nilai pemikiran terlampau ortodoks untuk bersaing dengan anak muda hari ini yang nilai pemikiran mereka sudah memuncak tinggi dengan keberanian yang akan ekstremis.

Namun apa yang kelihatan adalah prestasi UMNO dalam zaman-zaman UMNO sedang bergelut dengan krisis penerimaan rakyat terhadap mereka masih mendatar. Kita lihat kepimpinan masih terikat dengan orang sekeliling yang mengangguk – membenarkan kata kepimpinan semata-mata takut hilang tempat di mata kepimpinan mereka lantas mengiakan apa yang tidak sepatutnya di iakan. Kita lihat, kefahaman keperluan oleh kepimpinan ada tetapi pelaksanaannya hampas kerana memberi kepada dua tiga kerat orang di sebelah mereka yang hanya tahu bercerita dan terus bercerita. Kepimpinan Pemuda UMNO masih lembik, masih takut-takut dan masih menjaga kedudukan diri. Kita tidak nampak Pemuda yang ada hari ini berbeza dengan apa yang ada sewaktu zaman Hishammuddin Tun Hussein. Pemuda terus terbelenggu dengan sikap pesimis dalam melakukan program-program dan Pemuda hari ini tidak berani berdepan dengan cabaran minda yang dilakukan oleh anak-anak muda hari ini.

Detik bom jangka dalam UMNO semakin hampir bila mana ada kepimpinan muda yang progresif semakin di ketepikan kerana politik mereka yang mementingkan kedudukan dan tempat. Mereka yang di cabar oleh kepimpinan muda atau arus kepimpinan baru akan melenting dan mencari jalan politik untuk mencantas dan membunuh musuh politik mereka dalam politik. Semakin tersisih UMNO dengan kepimpinan baru – muda yang progresif dan inovatif. Akhirnya Pemuda UMNO dan UMNO akan terikat kepada program – program lembek dan tidak bermaya. Maka kita akan lihat program-program yang tidak mencabar – sukan aneka – aktiviti riadah – program kesihatan – program kecil-kecil konvoi dan sebagainya. Memang ada keperluan tetapi dapatkan kita menyentuh anak-anak muda lain yang progresif – anak muda dari kaum lain, anak-anak muda lepasan Universiti. Adakah kita sendiri mencabar minda anak-anak muda yang kita sendiri, membenarkan mereka bergelut dengan cabaran hari ini – mencabar minda dengan program-program agresif. Apakah Pemuda UMNO takut berdepan dengan cabaran anak-anak muda lain- anak muda dari parti lawan – atau Pemuda UMNO mengambil sikap – yang lain kepimpinan atasan tentukan – kerja kita adalah buat program suka-suka dan terus suka-suka.

Selagi kita ketepikan minda baru – idea baru dan mereka yang hadir mahu menyuntik arah baru dalam UMNO maka selagi itu bom jangka dalam UMNO akan terus berdetik. Jangan biarkan bom itu meletup pada PRU 13 nanti.

-Sumber Catatan ANUAR MOHD NOR-


Sudah sampai masanya kita berubah untuk menjulang bangsa dan negara.
PEMIMPIN UMNO SILA AMBIL PERHATIAN

-SUARA AKAR BANGSA-

BANYAK RAHSIA YANG DISIMPAN DALAM POKET AZIZAH....


Sila klik pada link URL dibawah...Apa yang berlaku sepanjang pembebasan Anwar Al-Juburi melibatkan kes liwat & skandal yang di simpan oleh Wan Azizah...buatlah penilaian sewajarnya...gunakan akal gunakan fikiran...

KLIK SINI

MB KEDAH DALAM BERKIAS MENGGELAR GILA TERHADAP BEKAS MB PERAK


"Saya tidak akan bubarkan DUN sehingga ke peringkat tidak mampu lagi
bertahan. Hanya ORANG GILA SAHAJA yang hendak bubar. Saya belum gila
lagi," - Azizan Razak..


Kerajaan Pakatan Rakyat PR hari ini dibelenggu pelbagai spekulasi serta hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan negeri Kedah iaitu Dr Azizan Razak.

Satu demi satu ADUN PR ini keluar dari parti dan sehingga kini ada ADUN dari PKR dan DAP yang masih berada dalam 50-50 untuk terus berkhidmat sebagai ADUN untuk PR atau melompat parti.

Paling melucukan apabila MB Serba Tak Tau ini menyatakan bahawa dia masih siuman dan tak gila. Hanya orang gila macam Nizar Jamaluddin sahaja yang beria-ria untuk membubarkan DUN.

So secara langsung Bekas MB Perak yang gila talak tu terkena tempiasnya...tapi memang layak pun orang menggelar beliau pengkhianat...

-Suara Akar Bangsa-

BILA YANG HARAM TETAP HARAM. TAPI KENAPA YANG HARAM DIHALALKAN???


PAS kutuk kerajaan BN kerana membenarkan pelbagai kegiatan dan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam. Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz “kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.

Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi. Katanya, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya ( tentulah termasuk sama babi ) bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana?”.

Sama juga semasa PAS menang di Kedah, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.

Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah “.

Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya.

Agak menghairankan juga apabila melihat gelagat ahli-ahli dan para pemimpin PAS tentang isu judi bola ini! Mengapa mereka beria-ria sangat membantah apabila kerajaan BN meluluskan judi bola sempena pertandingan bolasepak piala dunia yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Setiap minggu kelihatan mereka akan berdemo dimasjid-masjid di seluruh negara. Pemimpin-pemimpin mereka bersilihganti mengeluarkan ‘ fatwa’ masing-masing mencemuh kerajaan kerana dikatakan ‘menghalalkan’ judi bola.

Memang benar judi tu haram. Semua orang UMNO dan Melayu Islam lain pun tak suka berjudi kerana mereka tahu judi itu adalah haram. Tetapi bukankah judi dibolehkan untuk bukan Melayu/Islam. Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Azizan sendiri pernah berkata jika sesuatu yang sudah menjadi budaya atau cara hidup bagi bukan Islam, jika ianya diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.( berjudi dan sebagainya ).

Jadi apa bezanya dengan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan PAS diKedah dan Kelantan dengan kelulusan yang diberikan oleh kerajaan BN kepada judi bola? Mungkin kerajaan BN juga memikirkan untuk menjaga hati bukan Melayu, maka lesen judi bola dibenarkan. Mengapa perlu ada ‘ double standard ‘ dalam membuat keputusan. Adakah ini bermakna kalau PAS buat boleh dan BN buat tak boleh? Bukankah PAS selalu mencanangkan bahawa rakyat sudah cerdik dan sudah tahu membezakan antara kaca dan permata, jadi mengapa PAS perlu risau! Kalau PAS dah tahu arak dan judi itu haram disisi Islam tak perlulah berdalih untuk mempermainkan hukum demi menjaga hati bukan Islam!

Semasa PAS memberi kelulusan lesen judi, arak dan sebagainya kepada bukan Islam, adakah mereka pernah terfikir yang orang Islam juga akan turut sama berjudi dan minum arak! Tidak bukan dan mungkin tidak ada syak wasangkakan. Bermakna mungkin PAS terfikir bahawa tidak akan ada orang Islam di Kelantan dan Kedah yang nak berjudi dan minum arak jika mereka tahu perkara itu adalah haram di sisi Islam. Mungkin kerajaan BN pun berfikiran yang sama!

PAS jangan ingat orang Melayu Islam dinegara ini suka berjudi kerana mereka pun tahu JUDI itu haram bagi Islam. Bagi penulis semua ini bergantung kepada individu Islam itu sendiri. Kalau dah tahu judi tu haram , maka tak perlulah berjudi! Tak perlu berwasangka buruk terhadap orang Melayu Islam lain dinegara ini kerana mereka pun tahu membezakan yang mana halal dan yang mana haram. Penulis pun bersetuju jika semuanya diharamkan sama sekali tidak kira arak, judi dan sebagainya, tetapi bagaimana pula dengan reaksi bukan Islam nanti. Wallahuallam

-Sumber TaminSari-


Kesimpulannya jangan memutar belitkan apa yang dah termaktub dalam Al-Quran yang dijadikan panduan dalam hidup. Jangan kerana POLITIK kau sanggup menghalalkan apa yang haram.Lihat apa yang ada diatas kepalamu itu...beri teladan yang baik untuk anak muda sekarang atau kau nak anak muda mewarisi sifat yang boleh menghancurkan bangsaku kelak.

-SUARA AKAR BANGSA-

MANA NAMA ANAK BANGSAKU???


Senarai 10 orang terkaya di Malaysia 2009

1. Robert Kuok AS$ 9 billion,

2. Ananda Krishnan AS$ 7 billion,

3.Lee Shin Cheng AS$ 3.2 billion,

4. Lee Kim Hua AS$ 2.5 billion,

5. Teh Hong Piow AS$ 2.4 billion,

6. Quek Leng Chan AS$ 2.3 billion,

7. Yeoh Tiong Lay AS$ 1.8 billion,

8. Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.1 billion,

9. Tiong Hiew King AS$ 1 billion,

10. Vincent Tan AS$ 750 juta,

Wahai dunia lihatlah betapa bangsaku di negara tumpah darahnya masih merempat di bumi sendiri. Dalam 10 orang terkaya di Malaysia. Hanya seorang yang berbangsa melayu, itu pun tempat ke 8.

Salahkan pejuang bangsa yang selama ini mempertahankan hak dan keistemewaan yang terkandung di dalam perlembagaan?. Kalau tanpa perjuangan itu di manakah kedudukan bangsa melayu dalam senarai tersebut?.

Apakah punca??mungkin pelbagai batasan yang menyebabkan melayu hanya sekadar bersyukur??atau punyai sifat bergini....melayu tipu melayu??melayu tikam belakang??haiiiya melayu manyak malas??bomoh sana sini??perasaan hasad dengki??

Apa pun punca yang diperkatakan hanya diri sendiri yang boleh bantu untuk terus berusaha memajukan diri...bagi S.A.B bangsa kita tak malas, hanya kita terhalang dari aspek adat budaya & pegangan agama yang membataskan kita kecapi kekayaan seperti bangsa lain.

-Suara Akar Bangsa-

TARIK BALIK LESEN JUDI BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP


SUARA AKAR BANGSA membantah sekeras-kerasnya lesen yang diberikan untuk bertaruh pada WORLD CUP 2010...Jangan abaikan hati & perasaan bangsa demi keuntungan sesetengah pihak..dengarkan SUARA AKAR BANGSA.

online

Followers